Monday, 10 April 2017

Keistimewaan Silat Cekak Malaysia

‘Parang Lading’ sebagai senjata utama
      Keistimewaan Silat Cekak Malaysia adalah menggunakan parang lading sebagai senjata utama. Tidak ada penggunaan keris, pisau, pedang, kelewang atau apa sahaja senjata lain kerana mereka berpendapat bahawa adanya Parang Lading Sudah Memadai. Parang lading memang tidak asing lagi di daerah-daerah utara Tanah Melayu, terutama di Kedah. 

      Keistimewaan Parang Lading adalah cara membuatnya yang menggunakan ukuran khas. Ukuran khas yang dimaksudkan adalah ukuran Parang Lading yang dibuat mengikut ukuran anggota badan tuan si pemakainya.

Parang Lading

Video cara penggunaan Parang Lading

https://www.youtube.com/watch?v=3CNK7D7_Vlo




      Oleh itu, orang lain tidak boleh menggunakan Parang Lading yang ditempah khas untuk seseorang yang tertentu. Parang lading ini bukanlah boleh digunakan untuk menyerang. Tetapi hanya buat menunggu serangan dari segala jenis serangan kecuali senjata api.

Sambutan Jubli Emas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)
      Sambutan Jubli Emas merupakan sambutan tahunan bagi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Majlis ini adalah bertujuan meletakkan Seni Silat Cekak Malaysia ini sebagai satu seni warisan budaya ke tahap dan tempat yang tertinggi selaras dengan visi PSSCM menyebarkan ketinggian ilmu seni warisan ini ke peringkat global dalam satu abad.


Seimbangkan Dunia Dan Akhirat
      Di samping menuntut ilmu mempertahankan diri, PSSCM juga turut memenuhi santapam rohani mereka dengan mengadakan majlis ilmu pada malam jumaat setiap minggu. Seluruh cawangan Seni Silat Cekak Malaysia tidak dibenarkan mengadakan latihan silat pada hari tersebut dan digantikan dengan majlis ilmu. Majlis tersebut akan diserikan  dengan bacaan Qasidah Al-Burdah, Kalamun Qadim, Syair Wulidal Huda, Berzanji, Marhaban dan Doa.

No comments:

Post a Comment