Monday, 10 April 2017

Secebis Kenangan

Temu bual bersama Encik Ghazali


 Malam Latihan


🙈🙈🙈
Kesimpulan

Seni Silat Cekak Malaysia merupakan warisan seni mempertahankan diri Melayu yang pertama sebelum tercetusnya seni silat yang lain seperti Silat Cekak Pusaka Hanafi, Silat Lintau Pusaka Hanafi dan sebagainya. Tujuan utama silat cekak adalah untuk melindungi diri bukan bermegah-megah dengan kehebatan diri seperti mengadakan persembahan di majlis-majlis kenduri atau pertandingan. Silat cekak juga merupakan ilmu yang sangat mementingkan syariat Islam dan tidak mengandungi unsur khurafat seperti mempercayai jin untuk membantu manusia untuk mempertahankan diri. Disebabkan pegangan yang teguh terhadap syariat, maka adalah menjadi syarat untuk menyertai silat cekak ini haruslah beragama Islam tanpa mengira bangsa. Dalam era globalisasi ini kegiatan jenayah seperti merompak, merogol, dan membunuh adalah semakin berleluasa. Oleh itu, amatlah digalakkan oleh setiap individu untuk mempelajari sekurang-kurangnya asas dalam melidungi diri daripada menjadi mangsa jenayah terutamanya kaum wanita. 

video 20161129 215319

Keistimewaan Silat Cekak Malaysia

‘Parang Lading’ sebagai senjata utama
      Keistimewaan Silat Cekak Malaysia adalah menggunakan parang lading sebagai senjata utama. Tidak ada penggunaan keris, pisau, pedang, kelewang atau apa sahaja senjata lain kerana mereka berpendapat bahawa adanya Parang Lading Sudah Memadai. Parang lading memang tidak asing lagi di daerah-daerah utara Tanah Melayu, terutama di Kedah. 

      Keistimewaan Parang Lading adalah cara membuatnya yang menggunakan ukuran khas. Ukuran khas yang dimaksudkan adalah ukuran Parang Lading yang dibuat mengikut ukuran anggota badan tuan si pemakainya.

Parang Lading

Video cara penggunaan Parang Lading

https://www.youtube.com/watch?v=3CNK7D7_Vlo




      Oleh itu, orang lain tidak boleh menggunakan Parang Lading yang ditempah khas untuk seseorang yang tertentu. Parang lading ini bukanlah boleh digunakan untuk menyerang. Tetapi hanya buat menunggu serangan dari segala jenis serangan kecuali senjata api.

Sambutan Jubli Emas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)
      Sambutan Jubli Emas merupakan sambutan tahunan bagi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Majlis ini adalah bertujuan meletakkan Seni Silat Cekak Malaysia ini sebagai satu seni warisan budaya ke tahap dan tempat yang tertinggi selaras dengan visi PSSCM menyebarkan ketinggian ilmu seni warisan ini ke peringkat global dalam satu abad.


Seimbangkan Dunia Dan Akhirat
      Di samping menuntut ilmu mempertahankan diri, PSSCM juga turut memenuhi santapam rohani mereka dengan mengadakan majlis ilmu pada malam jumaat setiap minggu. Seluruh cawangan Seni Silat Cekak Malaysia tidak dibenarkan mengadakan latihan silat pada hari tersebut dan digantikan dengan majlis ilmu. Majlis tersebut akan diserikan  dengan bacaan Qasidah Al-Burdah, Kalamun Qadim, Syair Wulidal Huda, Berzanji, Marhaban dan Doa.

Perbandingan Silat Cekak Malaysia dengan Seni Mempertahankan Diri yang lain

Persamaan


  • Dipupuk berdasarkan fahaman agama masing-masing.
  • Contohnya Taekwondo ( Korea ), Kung Fu ( Tiongkok, China ) dan Silat-silat lain di Malaysia.


Perbezaan

  • Pergerakkan Seni Silat Cekak Malaysia adalah diilhamkan dari 4 rukun solat iaitu takbir, qiam, ruku' dan doa manakala pergerakkan seni mempertahankan diri yang lain berasaskan pergerakkan haiwan.
    Contohnya:
    - Silat yang lain mengandungi pergerakan tangakapan ular dab cekak harimau.
    - Kung Fu mempunyai pergerakan seperti singa.


  • Seni Silat Cekak Malaysia tiada istilah buka gelanggang dan pasang kuda-kuda. Hal ini kerana, apabila kita diserang oleh musuh, seseorang individu tiada masa untuk memasang kua-kuda sebaliknya lebih kepada tindakan untuk mempertahankan diri.


  • Banyak menggunakan akal iaitu berfikir tentang cara untuk mempertahankan diri secara cepat dan efektif, Manakala, seni mempertahankan diri yang lain lebih banyak menggunakan teknik yang dipelajari serta menggunakan banyak tenaga.
Peringkat-peringkat Seni Silat Cekak  Malaysia

Peringkat-peringkat istimewa Seni Silat Cekak Malaysia

ASAS
( Putih )
🔻

MENENGAH
⟹( Merah )
🔻

TINGGI ( GURU )
( Kuning )
Logo Persatuan Silat Cekak Malaysia


Lambang ini direka pada tahun 1976 oleh YM Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad dan diguna pakai secara rasmi sehingga kini.


Setiap lambang yang terdapat dalam logo tersebut membawa makna yang tesendiri :

Bintang 21 – bererti kaedah pelajaran Silat Cekak yang mengandungi 21 buah matapelajaran untuk mempertahankan diri.

Segemal Padi – bererti silat ini lahir dari masyarakat petani yang resminya semakin berisi semakin tunduk. Oleh itu, silat ini tidak sesuai bagi mereka yang berjiwa sombong, bongkak, takbur dan khianat.

Parang Lading – Parang Lading adalah merupakan senjata rasmi Silat Cekak yang juga merupakan senjata asli orang Melayu yang khas digunakan untuk mempertahankan diri.

Sebilah Keris – melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu serta negara Malaysia.

Tulisan Muhammad Ahmad – tulisan yang bertimbal balik ini membawa maksud penekanan terhadap asuhan rohani dan jasmani.

Warna pada logo itu juga mempunyai maksud yang tersendiri:




Kuning - melambangkan kedaulatan silat pusaka bangsa Melayu









Merah - melambangkan kesanggupan untuk mempertahankan diri dengan menggunakan sistem Silat Cekak jika diceroboh










Putih - melambangkan suci dan bersih










Hijau - melambangkan keIslaman
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia


Latar Belakang Silat Cekak Malaysia

Seni Silat Cekak Malaysia merupakan seni silat cekak yang bersambung salasilah perguruannya secara turun-temurun.  Perkembangan awal seni silat cekak Malaysia ini adalah dipercayai telah diamalkan oleh keluarga di Raja dan Panglima-panglima Kanan Kesultanan Kedah seawal pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram shah (1854 - 1879). Bak kata pepatah Melayu 'patah tumbuh hilang berganti', berikut merupakan salasilah guru-guru Silat Cekak.

Salasilah Guru-guru Silat Cekak


 Pangalima Ismail ( Kurun ke-18 )


Panglima Tok Rashid ( Kurun ke-18 )


Yahya Said ( 1925 – 1965 )
Selama 40 tahun 

Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad ( 1965 – 1986 )
Selama 21 tahun


Tuan Haji Ishak bin Itam (1986 – 2009 )
Selama 23 tahun

Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah ( 2009 – kini )
Mulai dari 3 Jun 2009


       Memandangkan ciri-ciri silat ini yang begitu praktikal untuk dipelajari dan diguna pakai, Seni Silat Cekak Malaysia telah berjaya menarik ribuan ahli dari pelbagai lapisan masyarakat termasuklah golongan cerdik pandai dan profesional untuk mengamalkannya. Kini Silat Cekak Malaysia terus berkembang melalui cawangan-cawangan di peringkat negeri serta mempunyai kelas-kelas persilatan yang aktif dihampir kesemua universiti dan pusat pengajian tinggi termasuk disebahagian besar sekolah menengah di seluruh malaysia.